Tip 19 : Kepentingan Jadual Keluasan Rumah Banglo Dan Spesifikasi Bahan Binaan (Tabulation Bungalow Floor Area And Building Specification)

Setiap pelan rekabentuk rumah banglo mesti mempunyai jadual keluasan dan spesifikasi asas bahan binaan rumah banglo idaman anda. Keluasan rumah banglo penting dalam menentukan kos anggaran kasar banglo. Jadi jadual ini amat penting bagi menentukan kos anggaran awal banglo oleh kontraktor.

Tip-19--floor-area-and-building-specification-for-bungalow-LD5
Rajah 1 : Contoh jadual keluasan dan cadangan bahan binaan serta kemasan banglo  Pelan Banglo LD5.

            Berdasarkan jadual keluasan dan cadangan bahan binaan asas serta kemasan banglo, setiap pelanggan  akan memperolehi maklumat berikut:

  1. Jadual keluasan rumah banglo akan menunjukkan luas setiap ruang dan bilik dalam meter persegi dan kaki persegi.  Jumlah keluasan terbahagi kepada 2 iaitu luas dalaman dan luaran (ruang terbuka dan tempat letak kereta). Jadual luas keseluruhan rumah disediakan untuk memudahkan anda mendapatkan anggaran kos untuk membina banglo daripada kontraktor di kawasan anda.
  2. Spesifikasi bahan binaan asas akan menjelaskan cadangan bahan binaan rumah banglo yang akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan. Ia boleh ditukar oleh pemilik atau kontraktor bagi mengikut kos atau bajet anda.
  3. Cadangan keperluan minima jumlah peralatan pepasangan elektrik dan peralatan sanitari. Ia boleh ditukar oleh pemilik atau kontraktor bagi mengikut kos atau bajet anda.

Jadual keluasan dan kemasan ini penting untuk anda tunjukkan kepada kontraktor-kontraktor untuk mendapatkan sebutharga.  Kami suka mencadangkan anda dapatkan minimum sebutharga dari 3 kontraktor atau lebih (lebih baik) di kawasan anda atau luar kawasan dengan mengunakkan pelan rumah yang sama.

Untuk mendapatkan maklumat cara melantik kontraktor sila klik disini  5 Tip Memilih Kontraktor Rumah Banglo Idaman Anda

PREVtips

NEXTtips


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click