Tips 8 : 15 Perkara Yang Perlu Lakukan Dan Elakkan Dalam Proses Membuat Pemilihan Kontraktor

15 Perkara Yang Perlu Lakukan Dan Elakkan Dalam Proses Membuat Pemilihan Kontraktor

No

LAKUKAN

ELAKKAN

1

Bertanya pada rakan-rakan, jiran-jiran tentang siapa kontraktor yang mereka gunakan dalam membina rumah mereka dan apa yang mereka suka.

Memilih kontraktor pada nilai zahirnya (portfolio)  kerana hasil yang baik, tetapi belum tentu hasilnya seperti yang dijanjikan

2

Pastikan kontraktor mempunyai ‘track’ rekod yang baik - semak latarbelakang kontraktor, kestabilan kewangan, insurans, tindakan undang-undang.

Mengupah kontraktor yang tidak pasti ‘track’ rekodnya atau yang sanggup mengambil tawaran yang rendah. 

3

Dapatkan pengesahan - semak lesen perniagaan dan kontraktor, insurans (liability dan ganti rugi pekerja) , perjanjian (kepatuhan).

Tidak dapat dibuktikan – lesen perniagaan, insurans dan perjanjian yang lengkap dan jelas.

4

Pergi ke pejabat/ tempat operasi kontraktor berkenaan.

Tidak mempunyai sebarang sumber rujukan atau tiada pejabat yang tetap.

5

Jika perlu dapatkan maklumat dari persatuan kontraktor.

Tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan kontraktor.

6

Tanya mengenai subkontraktor (jika ada) – semak sama ada terdapat aduan.

Mengabaikan perbincangan mengenai subkontraktor mereka.

7

Kaedah komunikasi – telefon, email, lawatan harian ke tapak dan mudah untuk dihubungi.

Komunikasi tidak lancar dan mesra, sukar untuk dihubungi.

8

Tanyakan soalan  - adakah ramai yang menyukai mereka.

Selesai dengan jawapan yang kurang memuaskan kepada soalan anda.

9

Lihat rekod prestasi kerja kontraktor, sama ada dapat menyiapkan kerja dalam masa yang dipersetujui atau lebih awal dengan kualiti yang tinggi/diharapkan.

  1. Jadual kerja yang jelas.
  2. Laporan prestasi yang lengkap.

Prestasi kerja tidak mengikut tarikh atau tempoh yang telah ditetapkan dalam menyiapkan sesuatu projek

  1. Tiada jadual kerja
  2. Tiada laporan yang sempurna.

Kebarangkalian tinggi proses pembinaan tidak mengikut masa yang dijanjikan atau tidak siap.

10

Pergi melawat projek/ rumah-rumah yang telah mereka siapkan – untuk mengetahui dan menilai kualiti kerja mereka.

Terlupa/ tidak buat lawatan ke rumah yang telah mereka siapkan.

11

Mengutamakan faktor keselamatan dan proses pembersihan -  membina dinding penghalang, pakaian keselamatan kepada pekerja kontraktor, tetapkan kawasan sisa binaan.

Mengambil ringan faktor keselamatan dan kebersihan – tidak membina dinding penghalang, pakaian keselamatan perkerja tiada, tiada pengasingan sisi binaan.

12

Tawaran harga yang berpatutan dengan kualiti kerja.

Tawaran harga yang murah atau diluar jangkaan.

13

Ada jaminan – seperti pengembalian wang/ bayaran denda lewat, melanjutkan tempoh jaminan kerosakkan selepas rumah disiapkan.

Tiada jaminan yang jelas dan tempoh masa singkat.

14

Minima dapatkan 3 anggaran kos pembinaan daripada 3 kontraktor sebagai perbandingan dengan menggunakan pelan rumah yang sama.

Pilih satu atau dua kontraktor bagi mendapatkan anggaran kos pembinaan rumah anda.

15

Memilih kontraktor ikut naluri anda dan senarai pertimbangan.

Mengupah kontraktor yang datang dari pintu ke pintu atau tangkap  muat (tiada pertimbangan yang sewajarnya).

PREVtips  

NEXTtips

X

Right Click

No right click