Tips 6 : Nak Bina Banglo Idaman? 6 Faktor Penting Yang Perlu Anda Ketahui Dan Lakukan?

Ramai di antara kita mesti setuju rumah merupakan belian anda paling mahal dalam hidup anda. Pada kali ini PelanBanglo.com ingin berkongsi maklumat, apa yang seseorang pemilik perlu tahu dan lakukan setelah membuat keputusan untuk membina rumah banglo idaman. Oleh yang demikan, lakukan perancangan yang teliti dan buat senarai semakan terlebih dahulu.  Berikut adalah 6 faktor penting yang anda perlu ketahui:-

perspektif-banglo-ld-8--rumah-belian-anda-paling-mahalContoh Perspektif Banglo LD-8, Rumah impian setiap orang dan merupakan belian aset bernilai dalam hidup,

1.    Tapak Atau Lot Banglo

Pastikan :
a)    Tapak lot banglo yang dimiliki perlu sesuai untuk dibina banglo dari segi ukuran lebar dan panjang lot.
        (i)    Lot menegak – saiz minima : 45’ / 13.08m  x 70’/ 21.35m
        (ii)    Lot melintang – saiz minima : 55’/ 16.36m  x 60’/ 18.3m
b)    Sebaik-baiknya saiz lot banglo ialah  50’/ 15.2m (lebar)  x  80’/ 24.3m (panjang),  dan saiz paling minima lot banglo adalah 45’/13.08m (lebar)  x 70’/21.35m (panjang);
c)    Pastikan status tanah atau lot banglo anda sama ada ‘lease hold’ atau ‘free hold’.
d)    Kegunaan tanahnya untuk bangunan kediaman.  Jika masih status pertanian perlu diubah kepada kegunaan perumahan (bangunan).

Klik di sini untuk mendapatkan (Tip 8 Faktor Utama Pemilihan Tapak Rumah Idaman Atau Lot Banglo).


 

2.    Kos Pembinaan Dan Idea Pelan Rumah Banglo Anda

Kos pembinaan adalah perkara penting bagi memastikan bajet anda mencukupi untuk membina rumah banglo idaman.  Untuk mendapatkan kos pembinaan yang tepat, anda mesti Memiliki Idea Dan Konsep Rekabentuk Pelan Rumah Banglo Idaman terlebih dahulu.

a)    Mendapatkan idea dan konsep bagi rumah banglo idaman sekeluarga  dengan rekabentuk pelan yang berkualiti, anda boleh mendapatkannya di  www.pelanbanglo.com . Ianya sangat  menjimatkan masa dan kos yang akan anda keluarkan dalam proses mendapatkan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo idaman anda secara konvensional.

b)    Laporan Rekabentuk sangat berguna untuk anda, serahkan kepada arkitek professional atau pelukis pelan berdaftar yang anda lantik untuk melengkap dan menyediakan pelan arkitek untuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan atau majlis. Perlantikan ini juga bagi tujuan mendapatkan Sijil Layak Menduduki (CFO) dan sekarang dipanggil CCC “Certification of Completion And Compliance” atau “Perakuan Siap Dan Pematuhan” yang akan dikeluarkan oleh arkitek professional atau pelukis pelan  setelah banglo idaman anda siap dibina sepenunya dan selamat digunakan.

c)    Gunakan laporan ini untuk ditunjukkan kepada bakal-bakal kontraktor (minimum 3 kontraktor) untuk dapatkan anggaran sebutharga pembinaan rumah banglo. Pilih kontraktor berdasarkan kualiti hasil kerja, harga yang ditawarkan, cara kerja dan reputasi mereka.

d)    Atau, anda boleh melantik dan mendapatkan perkhidmatan sepenuhnya arkitek atau pelukis pelan berdaftar untuk mendapatkan idea sehingga proses pembinaan rumah banglo tamat .

Justeru itu, rancang bagaimana untuk dapatkan kos pembinaan sama ada guna wang simpanan atau buat pinjaman.

3.    Pinjaman Bank, Kerajaan atau Institusi Kewangan.

Pastikan belanjawan anda mencukupi dan mempunyai kemampuan untuk membayar balik pinjaman jika meminjam di bank, swasta atau kerajaan.
a)    Bank manakah yang menyediakan pakej perumahan (housing loan/mortgage) paling menarik?
b)    Adakah pakej Islamik lagi elok jika dibandingkan dengan pakej pinjaman konvensional?
c)    Bagaimana pula dengan kadar faedah (interest rate) yang ditawarkan oleh setiap bank?
d)    Pinjaman Kerajaan lebih baik jika anda berkhidmat di mana-mana jabatan kerajaan.
e)    Apakah syarat-syarat untuk melayakkan anda membuat pinjaman bank?

Disini anda perlu buat kajian terperinci berkaitan  pinjaman bank mana yang menguntungkan anda.  Jadi fikir-fikirkanlah dan jangan segan untuk luangkan masa anda mengunjungi mana-mana bank tempatan atau institusi kewangan.

4.    Kelulusan Pelan Banglo Idaman Anda

Langkah seterusnya, pemilik perlu mengetahui dan mendapatkan maklumat proses mendapatkan kelulusan pelan rumah banglo dari pihak berkuasa tempatan dan pihak-pihak yang berkaitan. Proses kelulusan ini di praktiskan di Malaysia.  Pemilik rumah perlu mengemukakan proses pertama submission pelan yang lengkap untuk kelulusan memulakan pembinaan, tempoh kelulusan bergantung pada PBT dan kelengkapan maklumat diperlukan untuk kelulusan pelan.

Pada peringkat ini pemilik perlu melantik Arkitek Professional atau Pelukis Pelan Berdaftar yang dapat memahami kehendak dan keperluannya dalam menyediakan rekabentuk pelan dan maklumat pembinaan. Maklumat yang diperlukan untuk kelulusan pelan arkitek ialah
a)    Pelan tapak
b)    Pelan lokasi
c)    Pelan kunci
d)    Pelan lantai bawah
e)    Pelan lantai atas (tingkat satu)
f)    Pelan bumbung
g)    Pelan pandangan hadapan dan belakang sisi kiri dan kanan
h)    Pelan keratan A-A dan B-B
i)    Pelan bangunan sementara
j)    Pelan pagar dan butiran kebuk sampah.
k)    Rajah skimatik diagram, sistem bekalan air (plumbing) dan sistem kumbahan (pembentungan)/ sanitary.
l)    Jadual pengudaraan dan cahaya
m)    Jadual saiz tingkap dan pintu serta kemasan lantai dan spesifikasi asas bahan pembinaan banglo.

Walaubagaimanapun, setengah-setengan  PBT memerlukan anda mendapatkan kelulusan  Kebenaran Merancang (D.O) terlebih dahulu sebelum anda  boleh mengemukakan pelan untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan. Di sini anda perlu melantik Perancang Bandar Berdaftar  untuk mendapatkan kelulusan Kebenaran Merancang.

Pihak pemilik juga perlu melantik Jurutera bagi menyediakan pelan jurutera untuk pembinaan banglo. Pelan jurutera terdiri daripada pelan r.c, pelan plumbing, pelan sanitary dan pelan kerja tanah (jika perlu).  Semua pelan ini akan direkabentuk setelah menerima pelan dari arkitek.

Setelah penyediaan semua jenis pelan tersebut selesai, ia akan dihantar
a)    Pelan arkitek dan Pelan R.C akan dihantar ke Pihak Berkuasa Tempatan atau Majlis Daerah/ Perbandaran.
b)    Pelan Plumbing dihantar ke Perbadan Bekalan Air (PBA) atau syarikat air (SYABAS).
c)    Pelan Sanitary dihantar ke IWK/JPP.
Untuk urusan di atas inilah, kebanyakkan pemilik rumah melantik konsultan atau arkitek  mewakili dirinya untuk mendapatkan Kelulusan Membina Rumah.


Sediakan perancangan, kertas kerja dan senarai semak yang rapi dengan mengambil kira semua faktor, kos dan perkara yang dijangka akan terlibat.


5.    Perlantikan Kontraktor Dan Proses Pembinaan Sehingga Selesai.

a)    Lantik kontraktor yang boleh dipercayai untuk memastikan mereka melaksanakan semua kerja dan mengikut perjanjian yang telah dipersetujui dengan baik atau tidak meninggalkan kerja separuh jalan. 
b)    Pemilik juga perlu pastikan kerja pembinaan dijalankan pada waktu yang sesuai (bukan musim tengkujuh, masa bahan binaan tengah mahal / naik harga) dan tempoh masa yang bersesuaian. Biasanya tempoh untuk siap rumah banglo kecil (3 - 4 bilik) setingkat dalam 3 hinggga 4 bulan sahaja.  Manakala banglo sederhana besar, dua tingkat dan mewah 6 bulan hingga 8 bulan sebaiknya. Tempoh siap juga mempengaruhi kos pembinaan.
c)    Semasa kerja pembinaan dijalankan terutama awal proses, luangkan masa sebanyak 2 atau 3 kali seminggu untuk melihat kerja pembinaan dilakukan. Setelah pembinaan berjalan boleh dijarakkan waktu lawatan untuk melihat kerja atau memberi teguran jika tidak berpuashati. Buat mesyuarat tapak 2 minggu atau seminggu sekali untuk memastikan proses pembinaan berjalan lancar.

6.    Lain-lain kos tambahan yang perlu disediakan selain kos pembinaan
a)    Kos perlantikan konsultan terlibat biasanya 15%- 25% (Perancang Bandar Berdaftar, arkitek professional atau pelukis pelan berdaftar, jurutera struktur, jurukur tanah) dari kos pembinaan bergantung pada tahap kepakaran dan pengalaman serta syarat-syarat kelulusan pihak berkuasa.
b)    Kos pereka dalaman atau “Interior Design (ID)” 10%  daripada kos pembinaan ID ruangan dalaman.
c)    Kos bayaran “plan fee” dan wang cagaran untuk mendapatkan  kelulusan daripada  Pihak Berkuasa Tempatan.

PREVtips  

PREVtips


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click