TIPS 2 : BAGAIMANA MEMILIH IDEA, KONSEP REKABENTUK PELAN BANGLO YANG BERSESUAIAN DENGAN SAIZ LOT TANAH ANDA?

Di  PelanBanglo.com, kami menekankan kepada 4 Faktor Utama dalam memilih Idea dan Konsep Rekabentuk Rumah Banglo Idaman. 

1.    UKURAN SAIZ LOT MINIMA

Sebelum pemilihan idea dan konsep rekabentuk, anda perlu pastikan ukuran saiz  tapak dan saiz lot memenuhi kriteria saiz lot minima.  Pastikan ukuran tanah anda, lebar (x) dan panjang (y) tidak kurang dari ukuran minima yang dicatatkan pada setiap perincian rekabentuk didalam ukuran meter dan kaki. Bagi tanah lot tepi (corner lot) pastikan saiz lot anda 10’(3m) lebih dibahagian sempadan yang mengadap jalan utama.

 

Rajah 1  : Ukuran minima saiz lot/ tanah banglo idaman.

Contoh Pelan Banglo LD1 – ukuran saiz  lot minima diperlukan  :

a) Lot tepi                   = 60’ / 18.3m (X)  X 90’ / 27.5m (Y)

b) Lot tengah             = 70’ / 21.3m (X)  X 90’ / 27.5m (Y)

2.    SAIZ  KELUASAN BANGLO

Keluasan rumah banglo keseluruhan ditunjukkan dalam ukuran meter persegi  dan kaki persegi. Jumlah keluasan rumah banglo akan mempengaruhi kos pembinaan rumah banglo anda. Jadual keluasan terperinci dan cadangan bahan binaan serta kemasan diberikan percuma di dalam laporan rekabentuk bagi setiap pelan banglo. Ia penting untuk kegunaan kontraktor membuat sebutharga kos pembinaan.

Contoh Jadual keluasan pelan banglo diberi PERCUMA untuk setiap rekabentuk.

 

Contoh  Keluasan Lantai di Perincian Pelan Banglo :

Keluasan lantai LD-5          = 992kp (92.2 mp) + 395kp (36.7mp -TLK  + Teres terbuka)

                                                 = 1, 387 kp (128.9mp)

3.    KEPERLUAN DAN KEHENDAK RUANG RUMAH BANGLO IDAMAN ANDA.

Pastikan keperluan ruang banglo yang disediakan di dalam rekabentuk memenuhi kehendak anda sekeluarga. Sebagai contoh Banglo LD5 yang menawarkan ruang seperti 3 bilik dan 2 bilik air, ruang tamu, ruang makan, dapur basah dan kering, lobi,  teres  dengan pergola di atas termasuk 2 petak tempat letak kereta disediakan.

Contoh Pelan Banglo LD-5 : Pelan lantai menunjukkan keperluan ruang-ruang yang disediakan

Contoh cadangan susunatur perabut mengikut kegunaan ruang dan praktikal

 (Pelan Banglo LD-5 )

Rujuk slide 2 dan slide 3  pada setiap rekabentuk menunjukkan ruang disediakan dan idea susunatur perabot serta praktikal setiap rekabentuk ruang-ruang.  

4.    REKABENTUK FASAD ( TAMPAK) DAN BUMBUNG

Ciri-ciri dan rekabentuk fasad memenuhi citarasa anda. Perbagai jenis fasad dan tampak rumah banglo direkabentuk di PelanBanglo.com  dari ciri tropikal, moden, tradisional dan sebagainya, ia akan sentiasa direkabentuk dan ditambah untuk pilihan anda. Setiap elemen rekabentuk fasad dan bumbung pelan banglo diperlihatkan dengan jelas melalui setiap slide butiran rekabentuk rumah banglo.  Perspektif dari pelbagai sudut, ruang-ruang istimewa dan pandangan atas (top view) memberikan gambaran lebih jelas setiap rekabentuk rumah banglo di PelanBanglo.com kepada anda.

Contoh pandangan tampak hadapan (Pelan Banglo LD5)

 

Pilih rekabentuk rumah idaman anda berdasarkan 4 faktor di atas. Kami di PelanBanglo.com   hanya menyediakan rekabentuk yang terbaik untuk pilihan anda.

 

Klik disini untuk membuat pilihan rekabentuk rumah idaman anda

PREVtips

NEXTtips

X

Right Click

No right click