Terma & Syarat

TERMA SYARAT DAN PERKHIDMATAN


Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memahami dan mematuhi segala syarat dan terma yang digariskan di dibawah antara PelanBanglo.com, LakaranDesign (Pemilik PelanBanglo.com/ Konsultan Rekabentuk) dan Anda sebagai pembeli dan pengguna.

 

Harga


1. Harga setiap rekabentuk idea dan konsep rumah banglo adalah ditentukan berdasarkan idea dan konsep rekabentuk pelan rumah banglo,  set laporan rekabentuk A4 saiz (PDF), set laporan rekabentuk A3 saiz (PDF) dan pelan banglo dalam format AutoCAD (Dwg).
2. Pihak kami berhak  melakukan sebarang promosi atau potongan harga atau dalam maksud yang lain menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.
3. Harga yang diletakkan adalah bagi Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman (Fail soft copy – PDF/DWG sahaja) yang dihantar kepada anda melalui email sahaja (pastikan alamat email anda betul dan sah).

 

Hak Cipta Terpelihara

 

1. Produk ini terlindung dengan Hak Cipta Terpelihara daripada pihak penulis dan penerbit dibawah Akta Hak Cipta 1987 dan mana-mana undang-undang Harta Intelek yang berkaitan di negara ini. 
2. Sesetengah nama, informasi, logo, imej, rekabentuk , pelan serta imej, tajuk, isikandungan pada halaman web dan produk keluaran adalah dilindungi oleh Akta Hak Cipta 1987. Sebarang penggunaan tanpa mendapat keizinan daripada pihak kami, tindakan undang - undang akan diambil.
3. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian di dalam Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman ini dicetak semula, dipindah milik dalam apa jua format samada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, imbasan atau sebarang format simpanan tanpa kebenaran bertulis dari pihak PelanBanglo.com  dan LakaranDesign.

4. Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman dan pelan format AutoCAD adalah untuk kegunaan pembeli/pengguna sahaja dan dilarang menyebarkan atau menjualkannya dalam apa jua bentuk kepada pihak ketiga.

 

Muat turun dan salinan ke media lain


1. Segala jenis muat turun (download) dan salinan (print) yang telah dibuat oleh pembeli/pengguna adalah untuk kegunaan sendiri sahaja dan tidak boleh diedarkan atau dijual kepada orang lain.
2. Jika anda menghadapi masalah dengan download dokumen, file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporkan kepada pihak kami dengan segera.
3. Peringatan : Dokumen Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman (fail format PDF  dan DWG/AutoCAD) ini  tidak boleh digunakan untuk proses pembinaan rumah banglo. Pembeli/pengguna perlu melantik arkitek, pelukis pelan berdaftar atau jurutera (di Malaysia sahaja) untuk proses mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/ Majlis Perbandaran berkenaan (Majlis) berdasarkan pelan rekabentuk skimatik ini sebelum kerja pembinaan rumah banglo dimulakan.  Pihak kami tidak bertanggugjawab diatas kos tambahan yang perlu ditanggung oleh pembeli/pengguna dalam proses mendapatkan kelulusan PBT/ Majlis.

 

Pesanan, Pembayaran Dan Penerimaan


1. Anda (pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah diaturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.
2. Anda sebagai pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman Tempahan dan Bayaran. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan cermat, akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman ke akaun email anda.

 

Penafian

 

1. Segala penerangan yang dibekalkan di dalam Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman adalah yang terbaik daripada kami.  Oleh itu pihak kami tidak bertanggungjawab diatas tidak faham lukisan-lukisan dan pelan seterusnya tidak menepati citarasa pembeli/pengguna selepas pembelian dibuat.

2. Pihak kami juga tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan mendapatkan rumah banglo yang serupa seperti yang digambarkan dalam laman web dan Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman serta kos tambahan yang perlu dikeluarkan oleh pembeli/pengguna dalam proses pembinaan rumah banglo. Semuanya adalah bergantung kepada kos bahan binaan setempat, kualiti bahan binaan yang dipilih, kualiti kerja kontraktor dan pemantauan pembeli/ pengguna itu sendiri serta pindaan atau perubahan yang dilakukan oleh pembeli/ pengguna daripada rekabentuk asal setelah membeli atau ketika proses pembinaan.


Lain-lain


Terma & Syarat boleh berubah mengikut masa.
Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman.


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click