SOALAN LAZIM (FAQ) MENGENAI PelanBanglo.com

Berikut adalah beberapa soalan berkaitan PelanBanglo.com.  Jika anda tidak mendapat jawapan daripada soalan dibawah atau anda mempunyai soalan lain.  Anda boleh emailkan soalan anda  ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , pihak kami akan menjawab segala soalan anda.

1.            Apa itu PelanBanglo.com ?

Laman website yang menjual rekabentuk rumah banglo idaman anda secara online dengan pelbagai rekabentuk rumah banglo untuk pilihan anda bagi keluarga tersayang.

2.            Apakah yang dijual oleh PelanBanglo.com (e-kedai pelan-pelan rumah banglo )?

Menjual rekabentuk skimatik (Schematic Design) iaitu idea dan konsep rumah banglo idaman anda dalam bentuk file PDF dan DWG (AutoCAD).

3.            Apa itu Cadangan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo?

Laporan cadangan rekabentuk skimatik merupakan laporan yang mengandungi lukisan dan pelan-pelan idea serta konsep rumah banglo untuk memberi gambaran idea, konsep, keluasan binaan dengan jelas kepada bakal pemilik rumah banglo mengikut ukuran lot tanah.

4.            Apa yang  ada dalam Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda?

Laporan Rekabentuk Skimatik menerangkan idea dan konsep rumah banglo dengan jelas mengandungi :

a)        Kulit luar laporan– menunjukkan tajuk dan jenis banglo dan saiz lot serta jumlah bilik disediakan.

b)        Pelan tapak (site plan)– menunjukkan saiz lot minima bagi lot tengah dan tepi, serta kedudukan rumah banglo pada tapak.  Ia juga menunjukkan keluasan maksimum boleh dibina bangunan setelah mengambilkira anjakkan bangunan 6.1m (20’) depan dan 3m (10’) sisi serta belakang.

c)        Pelan lantai (ground floor)  - menunjukkan kegunaan setiap ruang-ruang disediakan dan susunatur ruang-ruang mengikut tahap pravisi serta pertalian penggunanya.  Pelan yang bergrid dan berukuran dalam meter serta kaki.  Pelan berwarna memudahkan anda memahami dan membaca pelan. Pelan lantai dilengkapi  dengan susunatur perabut bagi memastikan ruang-ruang disedikan berfungsi dan praktikal. Ia juga menjadi panduan untuk mengira dan melukis pelan elektrik serta keperluan peralatannya. 

d)        Pelan bumbung (roof plan)– menunjukkan rekabentuk bumbung dengan kecerunan serta unjuran bumbung.

e)        Keratan rentas (section)– 2 keratan memanjang dan pendek disediakan untuk menjelaskan ketinggian siling dan jenis kerangka bumbung.  Penunjuk keratan dipotong ditunjukkan didalam pelan lantai.  

f)         Tampak (elevation)– 4 tampak disediakan iaitu tampak hadapan, sisi kanan, sisi kiri dan belakang.  Ia menunjukkan rekabentuk sekeliling fasad rumah banglo dengan elemen fasad, jenis tingkap, pintu, bentuk dan kecerunan bumbung serta ketinggian rumah banglo.

g)        Perspektif luaran– minima 4 pandangan perspektif luaran disediakan dari hadapan dan pandangan atas. Secara keseluruhan ia menunjukkan rekabentuk rumah banglo dari atas (menjelaskan rekabentuk bumbung).

h)       Jadual keluasan rumah banglo dan spesifikasi bahan binaan.

i-     Jadual keluasan rumah banglo akan menunjukkan luas setiap ruang dan bilik dalam meter persegi dan kaki persegi.  Jumlah keseluruhan disediakan untuk memudahkan kontraktor membuat anggaran kos rumah banglo.

ii-    Spesifikasi bahan binaan akan menjelaskan cadangan bahan binaan rumah banglo yang akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.

 

5.            Adakah PelanBanglo.com  menjual pelan selain daripada pelan rumah banglo?

Kami hanya menjual idea dan konsep rumah banglo setingkat, 1 ½ tingkat, 2 tingkat dan rekabentuk khas. Walau bagaimanapun pelan-pelan rumah lain akan dipertimbangkan pada masa akan datang berdasarkan permintaan semasa.

6.            Apakah yang harus saya lakukan setelah memperolehi Rekabentuk Skimatik (idea dan konsep)  pelan rumah banglo?

Setelah memperolehi link atau fail download Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo, anda hanya perlu mencetaknya mengikut susunan yang diberi.  Seeloknya anda jilidkan (binding) sebagai satu laporan supaya mudah dibawa dan dirujuk.

Pelan Banglo.com menyediakan 2 jenis pelan rekabentuk bagi rumah banglo:

i-    Pertama dalam bentuk fail pdf (dalam saiz A4 da A3) – membukanya perlukan perisian Acrobat Reader. 

ii-   Kedua dalam bentuk fail DWG – memerlukan perisian AutoCAD untuk membukanya.

7.            Apakah kegunaan laporan rekabentuk skimatik rumah banglo dalam bentuk PDF A4 dan A3 saiz dan perbezaan keduanya?

Laporan ini sangat berguna untuk melihat idea dan konsep rumah idaman anda dengan lebih jelas. Ia boleh digunakan untuk mendapatkan kos anggaran daripada kontraktor (sebut harga).  Laporan bersaiz A4 hanya boleh dicetak dengan jelas pada saiz maksima A4 sahaja.  Manakala laporan bersaiz A3 boleh dicetak pada saiz A4 dan A3 dengan lebih jelas.

8.            Apakah kegunaan pelan rumah banglo dalam bentuk dwg/AutoCAD?

File dwg ini penting untuk anda serahkan kepada arkitek atau pelukis pelan berdaftar yang dilantik bagi mempercepatkan dan mempermudahkan kerja-kerja persediaan mengemukakan pelan banglo kepada  PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)/ Majlis untuk mendapatkan kelulusan pelan banglo.

9.            Bolehkah saya guna pelan yang dibeli untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan daripada PBT (Pihak Berkuasa Tempatan)?

Ia merupakan pelan skimatik sahaja yang diguna untuk mendapatkan idea awal dan konsep rumah banglo berserta kos anggaran pembinaan. Menjadi keperluan di Malaysia, anda perlu melantik arkitek/ pelukis pelan berdaftar untuk anda mendapatkan kelulusan daripada PBT/ Majlis berdasarkan pelan rekabentuk skimatik.

10.         Bolehkah saya menggunakan pelan ini untuk pembinaan rumah banglo?

Ia hanya pelan rekabentuk skimatik sahaja dan tidak boleh digunakan untuk pembinaan.  Anda perlu melantik konsultan untuk mendapatkan kelulusan PBT/ Majlis sebelum kerja-kerja pembinaan boleh dijalankan dengan menggunakan pelan perincian pembinaan.

11.         Adakah PelanBanglo.com  menyediakan lukisan kerja (working drawing) dan butiran pembinaan?

Buat pada masa ini tiada. Jika ada permintaan melalui email, kami akan mempertimbangkan.

12.         Bagaimana saya boleh pastikan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo idaman dipilih mencukupi bajet dan kos pembinaan?

Setiap rekabentuk mengandungi ukuran dan keluasan rumah banglo dalam unit meter dan kaki persegi serta spesifikasi.  Anda boleh tunjukkan kepada kontraktor untuk dapatkan sebutharga kos pembinaan di kawasan anda.

13.         Saya ada membeli lot banglo dan bagaimana hendak pastikan rekabentuk yang mana boleh digunakan pada lot tanah tersebut?

Setiap rekabentuk menyatakan saiz lot minima dan ukuran rumah banglo untuk panduan pilihan anda.

14.         Jika tanah saya di tanah yang bercerun, bolehkah rekabentuk pelan rumah banglo anda digunakan ?

Boleh digunakan, tetapi perlu dibuat perubahan sedikit mengikut darjah kecerunan tanah. Atau anda boleh menghantarkan email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , pihak kami akan maklumkan dan mencadangkan rekabentuk yang bersesuaian untuk tanah yang bercerun.

15.         Bolehkan saya membuat ubahsuai sedikit berdasarkan pelan rumah banglo yang dibeli mengikut citarasa saya?

Buat pada masa ini kami tidak menyediakan perkhidmatan ini. Tetapi jika ada permintaan, pihak kami akan mempertimbangkannya dengan mengenakan bayaran tambahan serta syarat-syarat tertentu untuk persetujuan.

Atau jika anda tahu menggunakan Autocad software, anda boleh membuat perubahan sendiri atau anda meminta arkitek/ pelukis pelan berdaftar yang telah dilantik untuk membuat perubahan pada pelan mengikut citarasa anda.

16.         Jika tiada rekabentuk rumah banglo yang diidamkan bersesuaian atau tidak menepati saiz lot tanah saya?

Anda perlu tunggu rekabentuk terbaru atau anda boleh maklumkan kepada kami kehendak banglo idaman anda dengan klik " Borang Idea Banglo " dibahagian hubungi kami.

17.         Adakah setiap rekabentuk skimatik rumah banglo di PelanBanglo.com  mematuhi kehendak kelulusan pelan banglo daripada PBT/ Majlis dan UKBS (Undang-undang kecil bangunan seragam 1984)?

Setiap rekabentuk rumah banglo kami mematuhi kehendak PBT dan UKBS. Walau bagaimanapun anda boleh mendapatkan pandangan dan nasihat daripada arkitek atau pelukis pelan berdaftar yang dilantik di tempat anda.

18.         Adakah saya masih memerlukan arkitek/ pelukis pelan berdaftar/ jurutera untuk struktur bangunan bagi proses kelulusan dan proses pembinaan?

Ya, anda masih perlu melantik  konsultan  berikut  :  arkitek atau pelukis pelan berdaftar , jurutera struktur , perancang bandar dan juruukur tanah untuk proses kelulusan pelan dan kerja pembinaan. Perlantikan bergantung keperluan kelulusan pelan banglo mengikut PBT di tempat anda.

19.         Bolehkah saya guna pelan skimatik ini untuk membuat pinjaman bank?

Untuk membuat proses pinjaman bank, pelan rumah banglo anda perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan berdasarkan pelan skimatik daripada PBT/Majlis dikawasan anda dan perlantikan kontraktor berserta kos pembinaan muktamad.

20.         Bolehkah saya mendapatkan kos anggaran daripada kontraktor menggunakan pelan banglo skimatik ini?

Boleh, Pelan rumah banglo kami lengkap dengan ukuran, 4 tampak, pelan bumbung, keratan, perspektif serta jadual keluasan dan spesifikasi banglo.  Dengan maklumat ini mudah bagi kontraktor membuat anggaran kos dan sebut harga. Sebaiknya sebelum membuat permohonan kelulusan pelan daripada PBT/ Majlis,  pastikan dahulu berapakah kos untuk membina banglo idaman anda.  Ia bagi memastikan pelan banglo yang telah lulus PBT boleh dibina mengikut bajet anda.

21.         Bolehkah saya membeli lebih daripada satu rekabentuk pelan rumah banglo?

Boleh, kami mengalu-alukan anda membeli lebih dari satu daripada kami di PelanBanglo.com.

22.         Jika tempat saya tiada bank dan akaun paypal bolehkah saya membuat bayaran menggunakan Wang Pos Malaysia atau Kiriman wang untuk membeli idea dan konsep rumah banglo idaman?

Boleh, anda perlu pilih pakej pelan banglo dan emailkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. , permohonan anda untuk membayar menggunakan cara wang pos atau kiriman wang. Kemudian kami akan maklumkan alamat penghantaran wang pos atau kiriman wang. Semua pembayaran perlu dibuat atas nama LakaranDesign. Setelah pengesahan bayaran atau penerimaan wang pos/ kiriman wang, kami akan emailkan pelan rumah banglo idaman anda ke alamat email anda.

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click