Contoh Laporan Rekabentuk Skimatik Banglo (Pakej B & C)

 CONTOH LAPORAN REKABENTUK SKIMATIK RUMAH BANGLO IDAMAN ANDA .

(PAKEJ B & C)

 

Apa yang anda dapat di dalam Pakej B dan C Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman Anda?  

Pakej B/C Laporan Rekabentuk Skimatik Rumah Banglo Idaman yang lengkap khas untuk anda mesti mengandungi (Rujuk slide 1 – 25) :

 a.    Kulit Luar Laporan (Cover Design Report): Menunjukkan tajuk, jenis banglo, saiz lot dan jumlah bilik disediakan serta Pakej B/C (Rujuk Slide 1).

 b.    Pelan Tapak (Site Plan) : Menunjukkan saiz lot minima diperlukan dan  kedudukkan rumah banglo pada tapak.  Ia juga menunjukkan keluasan boleh dibina bangunan setelah mengambil kira anjakkan bangunan 6.1m (20’) depan dan 3m (10’) sisi serta belakang. Laluan masuk kereta dan kedudukannya (Rujuk Slide 3).

 c.    Pelan Lantai (Ground Floor)  : Menunjukkan kegunaan setiap ruang-ruang yang disediakan dan susunatur ruang-ruang mengikut tahap pravasi serta pertalian pengunaannya. Susunatur perabut setiap bilik mengikut penggunaan untuk memastikan ruang praktikal digunakan.  Pelan yang bergrid dan berukuran dalam meter serta kaki. Pelan berwarna memudahkan anda memahami dan membaca pelan (Rujuk Slide 4).

 d.    Pelan Bumbung (Roof Plan) :  Menunjukkan rekabentuk bumbung , kecerunan dan unjuran bumbung minima 600mm (2’) (Rujuk Slide 5).

 e.    Keratan Rentas A + B (Section A + B) :  Minima 2 keratan diperlukan pada setiap pelan rumah idaman. Keratan memanjang (A-A) dan pendek (B-B) disediakan untuk menjelaskan ketinggian banglo dari aras tanah, perbezaan aras tanah dan ruang, tinggi siling, kedudukan kemudahan tangki air dan jenis atau konsep kerangka bumbung ditunjukkan.  Petunjuk keratan A dan B dipotong ditunjukkan didalam pelan lantai (Rujuk Slide 6 dan 7).

 f.     Tampak / Fasad (Elevation) : Mesti ada 4 tampak berukuran dan bergrid disediakan iaitu tampak hadapan (front elevation), tampak sisi kanan (right side elevation), tampak sisi kiri (left side elevation) dan tampak belakang (rear elevation) (Rujuk Slide 8 hingga 11). Empat pandangan tampak menunjukkan rekabentuk setiap fasad rumah banglo dengan setiap jenis elemen fasad, tingkap, pintu, bentuk dan kecerunan bumbung serta ketinggian rumah banglo dari aras tanah.  Percuma tampak berwarna seperti di dalam Pakej A (Rujuk Slide 22 hingga 25).

 g.    Perspektif Luaran (External Perspective) : Minima 8 pandangan perspektif luaran disediakan menunjukkan kesemua fasad dan rekabentuk bumbung dengan jelas. 4 pandangan dari bawah dan 4 pandangan dari atas. Setiap perspektif menunjukkan keseluruhan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo termasuk konsep pintu masuk dan ruang-ruang istimewa (Rujuk Slide 2, 12 hingga 20).

 h.    Jadual Keluasan Rumah Banglo Dan Spesifikasi Bahan Binaan (Tabulation Bungalow Floor Area And Building Specification):

          i.   Jadual keluasan rumah banglo akan menunjukkan luas setiap ruang dan bilik dalam meter persegi dan kaki persegi.  Jumlah keseluruhan disediakan untuk memudahkan anda mendapatkan anggaran kos untuk membina banglo daripada kontraktor di kawasan anda.

        ii.     Spesifikasi bahan binaan akan menjelaskan cadangan bahan binaan rumah banglo yang akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan.

       iii.     Keperluan minima jumlah peralatan pepasangan elektrik dan peralatan sanitari.

Rujuk Slide 21

 

8 Sebab Kenapa Anda Mesti Memiliki Laporan Rekabentuk Banglo di PelanBanglo.com Sebelum Membuat Perancangan Membina Rumah Idaman ?

1.   Mendapatkan idea, konsep dan keperluan ruang-ruang praktikal bagi rumah banglo idaman sekeluarga  dengan rekabentuk  pelan yang berkualiti.

2.   Memastikan dahulu tanah lot banglo yang dibeli boleh dan muat dibina rumah idaman anda mengikut citarasa anda sekeluarga.

3.   Mendapatkan kos anggaran awal pembinaan minima dari 3 kontraktor dengan menggunakan Laporan Cadangan Rekabentuk Skimatik Banglo bersaiz A4 atau A3  berwarna yang lengkap yang disediakan untuk anda di PelanBanglo.com sebelum mengemukakan pelan untuk kelulusan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

4.   Memudahkan anda merancang sumber kewangan untuk membina rumah idaman anda berdasarkan kos anggaran diperolehi dari kontraktor menggunakan pelan banglo yang dibeli di PelanBanglo.com

5.   Menyelesaikan masalah anda susah mendapatkan perkhidmatan pereka atau arkitek berpengalaman terutama yang tinggal di kampung atau pekan-pekan kecil dan kurang berkemampuan.

6.   Idea, konsep dan pelan sedia ada tidak memenuhi keperluan serta kehendak anda sekeluarga.

7.   Mengelakkan anda membuat pindaan ketika pembinaan yang akan menyebabkan kos pembinaan bertambah dan bajet anda tidak mencukupi kerana anda tidak jelas rekabentuk sebenar kerana hanya melihat dalam bentuk 2D (pelan & tampak sahaja) tiada dalam bentuk 3D (perspektif).

 8.  Dapat menjimatkan masa, kos yang akan anda keluarkan dalam  proses mendapatkan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo idaman anda secara konvensional.

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet.  Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang tamu dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga  boleh dijadikan ruang membaca  atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click