![]() |
Konsep Rekabentuk Rumah Banglo : Tropika
Perancangan Ruang Pelan Rumah : Ruang-ruang pelan rumah diatur mengikut tahap privasi (privacy) dan konsep pelan rumah terbuka. Pintu masuk kecil terus ke lobi disediakan untuk tetamu dari pagar utama. Dua ruang tamu disediakan untuk tetamu lelaki dan wanita duduk berasingan mengadap jalan utama. Ruang makan berdekatan dapur kering dan basah. ‘Counter top’ disediakan di ruang dapur kering. Di antara ruang makan dan ruang tamu 2 disediakan bukaan dinding menjadikan banglo ini lebih luas. Bilik-bilik tidur dan ruang keluarga disusun supaya lebih privasi. Dari ruang keluarga boleh keluar ke verandah melalui pintu sorong (sliding door). Aktiviti luaran keluarga boleh dilakukan di verandah. Bilik utiliti boleh digunakan untuk pejabat mini.
Keistimewaan Design Rumah : Ruang tamu yang luas untuk pelbagai aktiviti dengan dapur dan ruang tamu ditengah. Ruang verandah menjadi tempat santai sekeluarga. Rekabentuk rumah dan pelan rumah 3 bilik ini sesuai untuk idea rumah banglo tanah lot tepi.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-1
Saiz tanah lot tengah minima | 60’ x 90’ (18.3m x 27.4m) |
Saiz tanah lot tepi minima | 70’ x 90’ (21.3m x 27.4m) |
Saiz rumah banglo | 40’ x 50’ (12.2m x 15.2m) |
Pelan rumah banglo setingkat | 3 bilik + 1 utiliti + 2 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak (1 terbuka) |
Keluasan pelan rumah |
1,831kp(170mp) + 217kp(20mp-TLK) = 2,048 kp (190mp) |
Ruang pelan rumah disediakan | Ruang tamu berasingan lelaki dan perempuan, ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering, lobi, verandah dan ruang jemuran. |
Bilik tidur | 1 bilik utama, 2 bilik + 1 utiliti (stor / pejabat mini) |
Bilik air @ Tandas | 2 bilik air + 1 ruang basuh |
Jumlah Mukasurat Laporan Skimatik Pelan Rumah Banglo LD-1 :
Pakej A : 10 Mukasurat (2 Perspektif)
Pakej B : 24 Mukasurat (10 Perspektif)
Pakej C : 24 Mukasurat (10 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif
PELAN BANGLO LD - 1 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM399 | ![]() |
|
PAKEJ b (PDF-A4) |
RM799 | ![]() |
|
PAKEJ c (PDF-A3) |
RM999 | ![]() |
|
PAKEJ d (aUTOCAD) |
RM1199 | ![]() |
![]() |