Selamat Datang dan Salam Sejahtera kepada  anda  semua  pelawat  dan bakal pemilik rumah banglo  dari kami di

LOGO_PB-COMFINAL_copy

 

 

 

 

 

SIAPAKAH KAMI ?

PelanBanglo.com merupakan e- Kedai  Pelan Rumah Idaman NOMBOR 1 di Malaysia yang  menjual perbagai rekabentuk rumah banglo  dalam bentuk  digital Laporan Cadangan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman (format PDF) bersaiz A4 dan A3 berwarna serta  dalam format ‘files DWG atau AutoCAD’

yang membolehkan setiap pemilik rumah mendapatkan Idea dan Konsep Rekabentuk Rumah Idaman mengikut kehendak anda dan saiz serta luas tanah lot banglo.

 

Setiap rekabentuk rumah banglo di  PelanBanglo.com direkabentuk oleh Konsultan Rekabentuk Lakaran Design merupakan pemilik laman web  ini yang bertapak di Selangor, Malaysia. Ia ditubuhkan untuk membantu anda mendapatkan idea dan konsep rumah banglo idaman secara online.

 

 

Nota : Contoh kulit luar Laporan Cadangan Rekabentuk Skimatik Banglo

bersaiz A4 atau A3  berwarna dalam bentuk pdf.

 

 

 

 

OBJEKTIF DAN MATLAMAT UTAMA KAMI DI

PelanBanglo.com dan Lakaran Design

 

Adalah  ingin membantu bakal-bakal pemilik rumah dalam menyelesaikan masalah anda yang ingin membina rumah banglo di atas tanah sendiri samada di bandar atau desa (kampung) untuk :-

 

  • Mendapatkan idea dan konsep bagi rumah banglo idaman sekeluarga  dengan rekabentuk pelan yang berkualiti.

 

  • Memastikan dahulu tanah lot banglo yang dibeli boleh dan muat dibina rumah idaman anda.

 

  • Mendapatkan kos anggaran awal pembinaan dari beberapa kontraktor dengan menggunakan Laporan Cadangan Rekabentuk Skimatik Banglo bersaiz A4 atau A3  berwarna yang lengkap dengan pelan tapak, pelan lantai berperabut, pelan bumbung, 2 keratan rumah, 4 tampak rumah (tampak hadapan,sisi dan belakang), 2 perspektif luaran , jadual keluasan dan spesifikasi bahan binaan serta pelan-pelan dalam ukuran meter dan kaki.

 

  • Menyelesaikan masalah anda yang susah mendapatkan perkhidmatan pereka atau arkitek berpengalaman terutama yang  tinggal di kampung , desa atau pekan-pekan kecil.

 

  • Memudahkan anda merancang sumber kewangan untuk membina rumah idaman anda berdasarkan kos anggaran diperolehi dari kontraktor menggunakan pelan banglo yang dibeli di  PelanBanglo.com.

 

  • Idea, konsep dan pelan sedia ada tidak memenuhi keperluan dan kehendak anda sekeluarga.

 

  • Mengelakkan anda membuat pindaan ketika pembinaan yang akan menyebabkan kos pembinaan rumah banglo bertambah dan bajet anda tidak mencukupi.

 

  • Dapat menjimatkan masa, kos yang akan anda keluarkan dalam proses mendapatkan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo idaman anda secara konvensional.

 

 

 

TERAJU UTAMA

PelanBanglo.com dan Lakaran Design

 

Kami diterajui oleh arkitek rekabentuk (Design Architect) yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang senibina dan telah merekabentuk pelbagai jenis rumah antaranya rumah banglo, semi-D (rumah berkembar), rumah teres, rumah bandar, apartmen dan kondominium di Malaysia dari proses rekabentuk awal sehingga proses pembinaan siap di tapak.

 

Pengalaman beliau menjadikan setiap rekabentuk, idea dan konsep rumah idaman anda  di  PelanBanglo.com mempunyai ciri-ciri dan elemen yang memenuhi gaya hidup masyarakat berbilang kaum, iklim tropikal, praktikal untuk pembinaan dengan rekabentuk pelan-pelan rumah banglo yang ringkas, inovatif, kreatif , berkualiti untuk pilihan anda semua.

 

 

 

 

KENAPA PERLU DAPATKAN PELAN REKABENTUK RUMAH BANGLO IDAMAN DI PelanBanglo.com ?


  Cepat ! dapatkan koleksi pelan rumah kediaman di PelanBanglo .com untuk  menjimatkan kos serta menambah pilihan anda agar tidak menyesal jika terlepas pandang rekabentuk rumah yang anda idamkan. Ingat ! Bina rumah idaman hanya sekali, jangan biarkan rumah idaman anda tidak menjadi seperti diinginkan walaupun sudah siap dibina.

Arkitek Rekabentuk kami telah mengunakan segala kepakarannya serta penumpuan perhatian terhadap susunatur ruang, fungsi ruang, budaya setempat, unsur-unsur pencahayaan dan yang lebih utama adalah faktor  iklim tropika dalam setiap rekabentuk rumah banglo. Sentuhan rekabentuk dan konsep rumah banglo kami lebih kepada konsep tropikal, moden, tradisional, resort dan lain-lain.

PelanBanglo.com menyediakan koleksi pelan rumah banglo setingkat, 1 ½  tingkat, 2 tingkat dan rekabentuk khas/ eksklusif dengan idea rekabentuk seperti yang anda impikan.  Anda boleh dapat beraneka pilihan rekabentuk terkini (Banglo 3 bilik, 4 bilik, 5 bilik , 6 bilik dan lain-lain) dengan ruang-ruang yang pelbagai.

Menjimatkan kos dan masa anda untuk mendapatkan idea dan konsep rumah banglo idaman yang  praktikal dalam masa 48jam. Anda tidak perlu keluar rumah dan tak perlu bersusah payah semuanya hanya dihujung jari anda secara online.

 

 

 

KEUNIKAN REKABENTUK RUMAH BANGLO

DI  PelanBanglo.com  

 Fungsi sesebuah rumah kediaman ialah memberikan keselesaan kepada penghuninya. Selain praktikal, penentuan dan pemilihan konsep perlu bertepatan gaya hidup mencerminkan cita rasa pemilik kediaman itu sendiri.

PelanBanglo.com telah merekabentuk rumah banglo yang unik dengan penerapan rekabentuk moden tropikal yang ringkas dan menarik. Idea dan konsep yang terbentuk hasil daripada gabungan pelbagai nilai-nilai yang diterjemahkan dari persekitaran dan ciri-ciri senibina tempatan dan luar negara yang disesuaikan dengan citarasa penghuni kediaman.

Rekabentuk rumah banglo mempunyai sistem ‘open-plan’ untuk meminimakan sekatan-sekatan dinding antara satu ruang dan lain, menampakkan ruang yang lebih besar dalam rumah, seperti penambahan berandah, patio dan courtyard. Sekiranya digunakan sebaik-baiknya, penambahan ciri-ciri ini dapat ‘memewahkan’ rekabentuk kediaman anda.

 

 

 

 

TAWARAN ISTIMEWA KAMI

DI  PelanBanglo.com  

 

Kami memberi beraneka pilihan rekabentuk rumah banglo kepada semua golongan pendapatan untuk mendapatkan idea dan konsep rumah banglo idaman anda pada harga yang berpatutan.

 

Idea dan konsep rekabentuk rumah banglo yang ideal, innovatif, moden, tradisional, ringkas, bermutu, menarik dan praktikal dari segi susunatur ruang-ruang dan fungsi serta mengambil kira proses pembinaan.

 

Kami juga memberikan tip-tip dan panduan percuma serta maklumat berkaitan rekabentuk dan pembinaan rumah banglo di Malaysia untuk rujukan anda.

 

Kami akan sentiasa menambah rekabentuk dan idea-idea pelan rumah banglo baru mengikut keperluan semasa bagi memenuhi kehendak pemilik rumah banglo.

 

Semoga usaha murni PelanBanglo.com dan Lakaran Design akan dapat membantu anda semua dalam mendapatkan  idea dan konsep rumah banglo idaman bagi keluarga tersayang.

 

 

 

 

 

 


E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click