Pelan Rumah Banglo Terbaru | New Home Plan | New Bungalow Plan | New House Plan

Sebarang persoalan berkaitan Idea Rekabentuk Rumah dan Konsep Pelan Rumah Banglo Idaman Anda? 

Kami PelanBanglo.com dan LakaranDesign sedia membantu anda.  Kami gembira sekiranya dapat membantu anda untuk mendapatkan idea design rumah dan konsep awal  rekabentuk pelan rumah banglo idaman anda untuk keluarga tersayang. Supaya idea pelan rumah banglo dari kami akan mudahkan anda untuk bina rumah atas tanah sendiri.

Isi borang dibawah untuk menghantar mesej anda kepada kami.

9 + 1 =

Selain itu anda juga boleh menghubungi kami di

1) Email : [email protected] 

2) Call : 013 - 7476 900

3) Whatsapp : 013-7476 900 

 

Selamat Datang dan Salam Sejahtera kepada  anda  semua  pelawat  dan bakal pemilik rumah banglo  dari kami di

LOGO_PB-COMFINAL_copy

 

SIAPAKAH KAMI ?

PelanBanglo.com merupakan e- Kedai  Pelan Rumah Idaman NOMBOR 1 di Malaysia yang  menjual perbagai rekabentuk rumah banglo  dalam bentuk  digital Laporan Cadangan Rekabentuk Skimatik Banglo Idaman (format PDF) bersaiz A4 dan A3 berwarna serta  dalam format ‘files DWG atau AutoCAD’

yang membolehkan setiap pemilik rumah mendapatkan Idea dan Konsep Rekabentuk Rumah Idaman mengikut kehendak anda dan saiz serta luas tanah lot banglo.

 

Setiap rekabentuk rumah banglo di  PelanBanglo.com direkabentuk oleh Konsultan Rekabentuk Lakaran Design merupakan pemilik laman web  ini yang bertapak di Selangor, Malaysia. Ia ditubuhkan untuk membantu anda mendapatkan idea dan konsep rumah banglo idaman secara online.

 

 

Nota : Contoh kulit luar Laporan Cadangan Rekabentuk Skimatik Banglo

bersaiz A4 atau A3  berwarna dalam bentuk pdf.

 

 

OBJEKTIF DAN MATLAMAT UTAMA KAMI DI

PelanBanglo.com dan Lakaran Design

 

Adalah  ingin membantu bakal-bakal pemilik rumah dalam menyelesaikan masalah anda yang ingin membina rumah banglo di atas tanah sendiri samada di bandar atau desa (kampung) untuk :-

 

  • Mendapatkan idea dan konsep bagi rumah banglo idaman sekeluarga  dengan rekabentuk pelan yang berkualiti.

 

  • Memastikan dahulu tanah lot banglo yang dibeli boleh dan muat dibina rumah idaman anda.

 

  • Mendapatkan kos anggaran awal pembinaan dari beberapa kontraktor dengan menggunakan Laporan Cadangan Rekabentuk Skimatik Banglo bersaiz A4 atau A3  berwarna yang lengkap dengan pelan tapak, pelan lantai berperabut, pelan bumbung, 2 keratan rumah, 4 tampak rumah (tampak hadapan,sisi dan belakang), 2 perspektif luaran , jadual keluasan dan spesifikasi bahan binaan serta pelan-pelan dalam ukuran meter dan kaki.

 

  • Menyelesaikan masalah anda yang susah mendapatkan perkhidmatan pereka atau arkitek berpengalaman terutama yang  tinggal di kampung , desa atau pekan-pekan kecil.

 

  • Memudahkan anda merancang sumber kewangan untuk membina rumah idaman anda berdasarkan kos anggaran diperolehi dari kontraktor menggunakan pelan banglo yang dibeli di  PelanBanglo.com.

 

  • Idea, konsep dan pelan sedia ada tidak memenuhi keperluan dan kehendak anda sekeluarga.

 

  • Mengelakkan anda membuat pindaan ketika pembinaan yang akan menyebabkan kos pembinaan rumah banglo bertambah dan bajet anda tidak mencukupi.

 

  • Dapat menjimatkan masa, kos yang akan anda keluarkan dalam proses mendapatkan idea dan konsep rekabentuk rumah banglo idaman anda secara konvensional.

 

 

TERAJU UTAMA

PelanBanglo.com dan Lakaran Design

 

Kami diterajui oleh arkitek rekabentuk (Design Architect) yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang senibina dan telah merekabentuk pelbagai jenis rumah antaranya rumah banglo, semi-D (rumah berkembar), rumah teres, rumah bandar, apartmen dan kondominium di Malaysia dari proses rekabentuk awal sehingga proses pembinaan siap di tapak.

 

Pengalaman beliau menjadikan setiap rekabentuk, idea dan konsep rumah idaman anda  di  PelanBanglo.com mempunyai ciri-ciri dan elemen yang memenuhi gaya hidup masyarakat berbilang kaum, iklim tropikal, praktikal untuk pembinaan dengan rekabentuk pelan-pelan rumah banglo yang ringkas, inovatif, kreatif , berkualiti untuk pilihan anda semua.

 

 

 

 

KENAPA PERLU DAPATKAN PELAN REKABENTUK RUMAH BANGLO IDAMAN DI PelanBanglo.com ?

  Cepat ! dapatkan koleksi pelan rumah kediaman di PelanBanglo .com untuk  menjimatkan kos serta menambah pilihan anda agar tidak menyesal jika terlepas pandang rekabentuk rumah yang anda idamkan. Ingat ! Bina rumah idaman hanya sekali, jangan biarkan rumah idaman anda tidak menjadi seperti diinginkan walaupun sudah siap dibina.

Arkitek Rekabentuk kami telah mengunakan segala kepakarannya serta penumpuan perhatian terhadap susunatur ruang, fungsi ruang, budaya setempat, unsur-unsur pencahayaan dan yang lebih utama adalah faktor  iklim tropika dalam setiap rekabentuk rumah banglo. Sentuhan rekabentuk dan konsep rumah banglo kami lebih kepada konsep tropikal, moden, tradisional, resort dan lain-lain.

PelanBanglo.com menyediakan koleksi pelan rumah banglo setingkat, 1 ½  tingkat, 2 tingkat dan rekabentuk khas/ eksklusif dengan idea rekabentuk seperti yang anda impikan.  Anda boleh dapat beraneka pilihan rekabentuk terkini (Banglo 3 bilik, 4 bilik, 5 bilik , 6 bilik dan lain-lain) dengan ruang-ruang yang pelbagai.

Menjimatkan kos dan masa anda untuk mendapatkan idea dan konsep rumah banglo idaman yang  praktikal dalam masa 48jam. Anda tidak perlu keluar rumah dan tak perlu bersusah payah semuanya hanya dihujung jari anda secara online.

 

 

 

KEUNIKAN REKABENTUK RUMAH BANGLO

DI  PelanBanglo.com  

 Fungsi sesebuah rumah kediaman ialah memberikan keselesaan kepada penghuninya. Selain praktikal, penentuan dan pemilihan konsep perlu bertepatan gaya hidup mencerminkan cita rasa pemilik kediaman itu sendiri.

PelanBanglo.com telah merekabentuk rumah banglo yang unik dengan penerapan rekabentuk moden tropikal yang ringkas dan menarik. Idea dan konsep yang terbentuk hasil daripada gabungan pelbagai nilai-nilai yang diterjemahkan dari persekitaran dan ciri-ciri senibina tempatan dan luar negara yang disesuaikan dengan citarasa penghuni kediaman.

Rekabentuk rumah banglo mempunyai sistem ‘open-plan’ untuk meminimakan sekatan-sekatan dinding antara satu ruang dan lain, menampakkan ruang yang lebih besar dalam rumah, seperti penambahan berandah, patio dan courtyard. Sekiranya digunakan sebaik-baiknya, penambahan ciri-ciri ini dapat ‘memewahkan’ rekabentuk kediaman anda.

 

 

 

 

TAWARAN ISTIMEWA KAMI

DI  PelanBanglo.com  

 

Kami memberi beraneka pilihan rekabentuk rumah banglo kepada semua golongan pendapatan untuk mendapatkan idea dan konsep rumah banglo idaman anda pada harga yang berpatutan.

 

Idea dan konsep rekabentuk rumah banglo yang ideal, innovatif, moden, tradisional, ringkas, bermutu, menarik dan praktikal dari segi susunatur ruang-ruang dan fungsi serta mengambil kira proses pembinaan.

 

Kami juga memberikan tip-tip dan panduan percuma serta maklumat berkaitan rekabentuk dan pembinaan rumah banglo di Malaysia untuk rujukan anda.

 

Kami akan sentiasa menambah rekabentuk dan idea-idea pelan rumah banglo baru mengikut keperluan semasa bagi memenuhi kehendak pemilik rumah banglo.

 

Semoga usaha murni PelanBanglo.com dan Lakaran Design akan dapat membantu anda semua dalam mendapatkan  idea dan konsep rumah banglo idaman bagi keluarga tersayang.

 

Apa kata mereka yang telah membeli pelan rumah banglo secara online yang dijual dan direkabentuk oleh PelanBanglo.com  dan Lakaran Design .

 

" Rekabentuk & konsep dibuat oleh pelan banglo amat memuaskan hati kerana dapat mengadaptasi idea & keperluan rumah banglo idaman pelanggan secara online dalam tempoh yang singkat tanpa memerlukan perjumpaan.

Servis dan perkhidmatan PelanBanglo.com amat profesional kerana menyediakan contoh design dan option serta anggaran kos pembinaan sebagai panduan kepada pelanggan yang tiada pengalaman dalam bidang perumahan dan architechtural. "

 

 

testi-1

EN. HILMI BIN ABDULLAH,
Peguambela & Peguamcara,
Kota Bharu, Kelantan 

  
"Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja yang diberikan oleh pihak tuan.  Lakaran yang dihasilkan cukup memuaskan. Ruang tamu tinggi- memang nampak cantik dan amat terserlah rekabentuknya. Saya percaya pihak tuan boleh bagi yang terbaik untuk pelanggan seperti kami memiliki rumah banglo yang diidamkan.....Syabas PelanBanglo.com

…Syukur kepada Tuhan, akhirnya rumah pertama saya berjaya disiapkan. Rumah ini memang terbaik bagi saya, memenuhi keperluan pada pelan lantai dan susunaturnya yang cukup menarik.  Pandangan dari segi seluruh sudut cukup menarik dan terbaik.

….Oleh yang demikian, saya ingin membina sebuah lagi rumah menggunakan khidmat dan pelan dibeli di PelanBanglo.com.  Khidmat yang pihak tuan berikan adalah yang terbaik saya temui berbanding selainnya sebelum ini....

Harapan saya semoga PelanBanglo.com menempuh kejayaan dan akan lebih berjaya dimasa mendatang...InsyaAllah."

 

 

 

 

"PelanBanglo.com"
is the best way to find the Dreaming Bungalow ........"

 

EN. MOHD RUSHDI BIN MUNAR
Kunak, Sabah

"Assalamualaikum...terima kasih di atas kerjasama dan perkhidmatan kedai pelan online pihak tuan,..saya amat berpuas hati dengan rekabentuk rumah yang pihak tuan berikan..

Terima kasih PelanBanglo.com di atas segala jasa pihak tuan untuk kami sekeluarga".

 

EN. MOHD SYUKRI BIN SIMIN
Sepitang Sabah


"Saya amat berpuashati dengan rekabentuk yang telah dibuat, dengan hanya melalui perbualan online konsep pelan idaman sebuah banglo yang sangatergonomik dapat memenuhi kehendak isteri saya yang mementingkan keselesaan dan kemudahan menyelesaikan kerja rumah dalam satu masa tanpa bergerak jauh dari satu ruang ke satu ruang lain.

Selain rekabentuk dan pelan tapak yang diberi, saya juga berpuashati dengan pelan perspektif dan bahan lampiran tambahan seperti jadual keluasan dan spesifikasi yang memudahkan saya membuat anggaran kos untuk membina rumah. Terima kasih kepada PelanBanglo.com kerana banyak member panduan kepada saya untuk membina sebuah rumah dengan anggaran kos dan bahan binaan yang bersesuaian."

 

 

testi-2 

EN.  AHMAD BOSTAMAN BIN YUSOFF  
Pengajar IKM, Alor Setar Kedah

 

"Terima kasih PelanBanglo.com kami telah menerima pelan yang lengkap dan amat berpuashati dengan rekabentuknya".

 

 

PN. SOFHIAYANNA JAPAL
Kota Kinabalu, Sabah

"Sudah lama kami mencari..pelan rumah yang ringkas dan teratur susunatur ruangnya yang memenuhi bajet dan keperluan sekeluarga.  Akhirnya kami temui pelan idaman dengan harga yang murah di PelanBanglo.com. Terima kasih, kami amat berpuas hati."

  

 

EN. MOHD AZHAR BIN MOHD YUSOFF
Hulu Selangor, Selangor

 

 

"Nama saya Zulkifeli dari Ulu Klang, Selangor. Saya baru sahaja bersara dari pekerjaan saya sebagai jurutera sebuah kilang international di Subang Jaya. Sejurus dari persaraan, saya bercadang berpindah tempat tinggal sekarang ke kampong saya di Kemaman Terengganu.


Saya ingin membina rumah sendiri di kampung. Pada pemikiran saya rumah yang bakal saya bina mestilah berciri moden dan baru dengan sekurangnya 4 bilik dan 3 bilik air. Saya search google 'Pelan Banglo' dan sampai ke www.PelanBanglo.com. Di dalam PelanBanglo.com, ada banyak pilihan pelan banglo. Ciri-ciri sebuah banglo yang saya idamkan kebetulan ada. Bilamana saya terjumpa pelan banglo yang memenuhi citarasa saya, terus saja saya hubungi PelanBanglo.com dan membeli Pakej D. Pada mulanya saya tak tahu PelanBanglo.com hanya mengeluarkan pelan dengan menghantar melalui email sahaja dalam bentuk Pdf atau Cad. Sungguh Mudah! pelan dibeli cepat dihantar dan diterima dengan baik. Terima kasih, Zul."

 

 

 

EN. ZULKIFELI BIN MUSTHAFA
Hulu Klang, Selangor

 

 

"Alhamdulillah terima kasih kepada PelanBanglo.com kerana telah dapat menghasilkan lakaran design rumah sepertimana yang saya perlukan iaitu rekabentuk banglo satu tingkat berkonsepkan moden tropika.

Perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan termasuk harga yang jauh lebih murah. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pelan rumah yang boleh mengikut citarasa / requirement kita, 100% yang boleh dipercayai dan boleh ubah sekiranya ada keperluan secara tiba-tiba yang perlu ditukar, inilah tempatnya yang boleh dirujuk.

Pastinya saya akan mewar-warkan PelanBanglo.com ini kepada orang lain. Semoga kejayaan mengiringi PelanBanglo.com di masa akan datang."

"SYABAS DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PELANBANGLO.COM"

 

 

EN_SABRI 

EN. MOHD SABRI BIN HARON
Pegawai Kerajaan (SUK Selangor)
Klang, Selangor

 

 

"Saya membeli Pelan Banglo dengan www.PelanBanglo.com adalah kerana saya ingin mendapatkan idea untuk membina rumah sendiri dan saya mendapati bahawa idea di PelanBanglo adalah sangat menarik dan saya sangat berminat dengan pelan rumah tersebut. Saya ingin mendapatkan idea asas terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli pakej lain yang lebih mahal.

Saya mengetahui www.PelanBanglo.com daripada rakan sepejabat."

 

 

 

 EN. HAMID BIN HJ LALIP
Sri Aman, Sarawak.

 

"Terima kasih PelanBanglo.com… Mudah. Semudah mendapatkan makanan segera kegemaran saya..tentukan budget, pilih menu kegemaran ..order..nah!! semudah 123…Pelan diterima lebih laju dari Pos Laju dan pelan sememangnya selengkap Alif to Ya.

Mengikutkan nafsu terus terang saya katakan semuanya adalah pelan kegemaran saya….namun ilmiahnya hanya 1 yang perlu dipilih..dan PelanBanglo.com  membantu saya mencapai pelan impian mengikut bajet saya, rekabentuk saya, memenuhi imiginasi saya dengan kemampuan saya."

 

 EN_RAHAIZI

EN. RAHAIZI BIN ABD RACHID

Prai Pulau Pinang.

 

"Saya rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui laman web www.PelanBanglo.com ini, melalui carian di google semasa proses mencari pelan banglo yang bersesuaian dengan citarasa saya, terus membuat pilihan dan bayaran.

Rekaan yang unik menepati citarasa saya yang inginkan sebuah rumah yang dilengkapi dengan ruang keluarga dan tetamu. Kesinambungan ruang keluarga dan tetamu kelihatan serasi dan selesa.

Saya ingin menjadikan salinan ini sebagai potret rumah impian yang akan dipamirkan di ruang bilik saya sebelum proses pembinaan rumah sebenar dijalankan (anggaran bulan Jun 2012)."

 

 

 

 

 

PN. SITI NORHAYATI BINTI MOHD KHALID

ATMA, Kuala Lumpur.

 

"Abah baru seminggu meninggal dunia dan meninggalkan sebidang tanah berbentuk memanjang berdekatan dengan rumah arwah abah. Keperluan mendesak saya untuk membina rumah berdekatan rumah arwah sebab Mak tinggal sendirian dan lokasi rumah arwah abah yang jauh dari jiran tetangga. Kesibukan saya sebagai perunding motivasi menjadikan Mak bakal keseorangan dan membina rumah berdekatan rumah arwah abah pastinya banyak membantu.

Saya surf online untuk mencari pelan rumah yang sesuai untuk tanah berbentuk memanjang dan PelanBanglo.com telah sediakannya secara online dengan tepat dari segi idea, rekabentuk dan juga keluasan tanah yang saya cari. Prosesnya jugak amat cepat tak sampai 2 jam dan saya amat kagum dengan perkhidmatan yang amat efektif baik melalui telefon + sms mahupun penghantaran melalui email."


 

 RAJA_SHAMRI

YM RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN
Principal Consultant
Golden Minds Consultant Sdn. Bhd.

www.abangraja.com

Pasir Puteh, Kelantan. 

 

"Saya membeli pelan rumah banglo daripada PelanBanglo.com kerana saya dapati design yang direkabentuk amat menarik dan memenuhi citarasa yang kami sekeluarga inginkan. Sudah tentu perkara utama yang menjadikan saya memilihnya kerana mempunyai banyak pilihan.

Saya mengetahui PelanBanglo.com melalui pencarian didalam internet bila mana kami sekeluarga bercadang untuk membina rumah sendiri. Sudah tentu banyak laman web yang memaparkan pelan binaan tetapi saya merasakan pelan yang ada di dalam PelanBanglo adalah sesuai dengan citarasa kami sekeluarga."

 

 

 

 

 EN. AZLI BIN MOH

Kulim, Kedah

"Tujuan saya membeli pelan rumah banglo adalah kerana saya ingin membina sebuah rumah banglo idaman di atas tanah saya sendiri. Saya cukup berpuas hati dengan rekabentuk banglo serta struktur dalaman yang menarik seperti dalam pelan yang telah saya beli.

Reka bentuk yang agak unik, dari segi bumbung dan struktur rumah banglo tersebut. Yang paling menarik adalah banglo tersebut dilengkapi dengan struktur blok yang tinggi dan dilengkapi dengan cermin yang seakan-akan menara, ini yang membuatkan banglo akan kelihatan lebih tersergam indah dan menarik. Idea yang ditunjukkan pada pelan tersebut adalah berkongsepkan rumah ala moden serta diselami dengan tropika iaitu dengan adanya kolam mini yang menyejukkan pemandangan.

Perkhidmatan yang diberikan oleh PelanBanglo.com cukup baik, contohnya setelah saya transfer duit untuk membeli pelan banglo idaman. Kurang daripada setengah jam kemudian, pihak tuan telah menghantar pelan tersebut ke email saya.

Diharap pihak pihak tuan akan menghasilkan pelan banglo yang lebih baik di masa akan datang. Terima Kasih."

gambar-testimoni-1

WAN NUR SHAKIRIN WAN MANSOR

Inspektor Polis
Perlis

"Idea, rekabentuk dan konsep yang ditawarkan oleh PelanBanglo.com sangat memuaskan hati saya. Servis dan perkhidmatan yang diberikan secara online juga sangat profesional. Mudah dan sangat menarik minat saya."

 

 EN. LUKMAN HAKIM
Kota Kinabalu, Sabah

"Saya membeli dan memilih Pelan Banglo secara online kerana murah, bersesuaian dengan citarasa sekeluarga dan berdasarkan bajet saya. Rekabentuk pelan yang menarik dan pelbagai di PelanBanglo.com memberikan saya banyak pilihan".

 

EN. AZLAN BIN HASAN
Selangor

"Rekabentuk PelanBanglo.com setakat nie adalah paling cantik  dan up to date dan banyak pilihan, yang lain-lain tu pun banyak tapi biasa-biasa sangat atau terlampau mewah. Sudah semesti puas hati kerana saya mengambil masa hampir sebulan... mencari design dari semua sumber... dari bertanyakan pakar dan melawati projek rumah yang sedang serta yang sudah siap dibina. Alhamdulilah, saya telah mendapat Pelan Banglo Idaman.

Saya dah rekomenkan PelanBanglo.com kepada ramai kawan2....insyalah more order will come from them … pray hard."

 

gambar-testimoni-3

EN. HASAN ASRI JAMALUDDIN
Pulau Pinang

" Ramai yang ingin membuat rumah sendiri sekarang, tetapi tiada masa untuk bertemu dengan arkitek, tukang pelan dan sebagainya. PelanBanglo.com telah menyelesaikan masalah ini dengan akses mudah di internet. Saya amat berpuas hati dengan hasil rekabentuk PelanBanglo.com kerana mengikuti trend terkini."

 

 EN. KHAIRUL AMREE ABD SHAHID
Subang Jaya Selangor

"Saya membeli pelan dari pihak PelanBanglo.com kerana ingin mendapat gambaran awal yang lebih terperinci sebelum berbincang dengan pihak kontraktor. Pelan rekabentuknya lebih mudah difahami oleh orang biasa seperti saya. Saya berpuas hati dengan pelan yang dibeli."

 

PUAN NOR ASFAWATI BINTI AZIZ
Pokok Sena, Kedah

"Saya membeli di PelanBanglo.com kerana ada banyak pilihan di beri dan saya tidak perlu menghabiskan banyak masa untuk berbincang konsep mana yang sesuai untuk rumah idaman saya. Dengan pelan yang saya ada, cuma perlu buat sedikit perubahan dan boleh dilukis semula oleh pelukis pelan untuk approval (kelulusan pelan).

Saya berpuas hati dengan perspektif yang diterima dan servis dari pihak PelanBanglo.com. Rekabentuk yang menarik dan kami akan membina banglo idaman kami berdasarkan rekabentuk dari PelanBanglo.com."

 

gambar-testimoni-5a

AZIZ BIN JAAFAR

Shipping Services,
Melaka

"Saya membeli pelan banglo daripada PelanBanglo.com kerana hasil rekabentuk pelan yang menarik dan memudahkan saya dalam proses untuk mendapatkan khidmat kontrakor tentang anggaran kos dengan pelan yang saya miliki.

Saya amat berpuas hati dengan rekabentuk pelan banglo yang dibeli kerana pelan rumah ringkas tetapi cukup menarik terutama sekali bilamana kiraan kaki persegi disediakan dapat memberikan saya gambar yang jelas keluasan pelan dan tanah yang diperlukan untuk menjadikan rumah yang dibina ini bersesuaian."

 

 

EN. VICTOR GONDIPON
Kota Kinabalu, Sabah

"Saya membeli pelan dari PelanBanglo.com kerana pelannya amat sesuai dengan citarasa saya untuk menjadikan impian saya memiliki banglo idaman.  Juga maklumat yang diberikan sangat membantu dalam pembinaan rumah saya.

Saya berpuashati dengan rekabentuk pelan banglo dibeli kerana rekabentuknya terkini dan amat menarik.  Susunatur amat baik dan menunjukkan keselesaan yang maksimum dan memberi ketenangan jiwa dengan melihat pelan sahaja."

 

 

EN JAMALUDDIN BIN ABDUL MOIN
Raub, Pahang

"Kak Wan telah menerima Pelan Banglo Pakej D dengan lengkap. Penerimaan yang cepat dan tidak sampai 48 jam daripada tarikh dan masa tempahan. Terima kasih. Teruskan usaha dan perkhidmatan yang amat memuaskan hati Kak Wan. Pelbagai pertanyaan dan persoalan dijawab dengan segera.

Pada mulanya Kak Wan ragu-ragu dan risau nak buat tempahan, maklumlah tempahan Pakej D + pindaan paling mahal berbanding pakej A/B/C. Semua ini Kak Wan berurusan dengan banyak menghantar email dan memang puas hati pertanyaan Kak Wan dilayan dan dijawab dengan baik.

Kak Wan terima sms mengatakan pelan sudah di'emailkan… berulang kali Kak Wan tengok, rasa puas hati amat dan memang berbaloi Kak Wan keluarkan duit untuk mempercepatkan proses nak bina rumah. Rekabentuk rumah sesuai dengan impian Kak Wan suami isteri. Sudah dimaklumkan kepada arkitek dilantik, dia pun cadangkan kepada Kak Wan ambil pelan format autocad. Lagipun Kak Wan memang nak cepat. Cerita fasal pindaan tadi…. tak jadi nak pinda, sebab sudah puas hati tengok… cantik, menarik, berkenan sungguh.

Seperkara lagi, masa mula-mula tengok pelan ini pada website PelanBanglo.com... Kak Wan tanyakan pendapat adik (kontraktor), nak beli atau ambil lakaran yang telah sedia ada setakat yang dapat tengok dari website bagi saja kepada arkitek, sebabnya dah memang kena bagi arkitek lukis semula pun.

Tapi adik Kak Wan cakap, "Kalau dah ada hak cipta, baik kakak beli. Sebab kakak nak buat rumah, nak duduk… bukan apa, nak berkat".

Terima kasih adik atas nasihat ini, maka sebab itu Kak Wan buat tempahan dan tawakal walaupun pada mulanya ragu-ragu maklumlah 'online'.

Salam ukhuwah, bukan nak promote… tapi memang sangat berpuas hati."

 

 

 

 

gambar-testimoni-10

WAN AKLIM NORAZILAWATY & RUZINORSHAM

Guru, Pulau Pinang.

 

Melalui carian google di internet, saya menemui website PelanBanglo.com dan terus membuat keputusan untuk membeli pelan rumah yang ditawarkan. Sebelum itu saya telah mencari dan melihat laman-laman lain tiada yang sesuai dengan kehendak saya.

Saya dapati pelan rumah yang ditawarkan menepati citarasa saya. Pilihan yang banyak dan design yang terkini. Servis dan perkhidmatan diberikan oleh  PelanBanglo.com.com bagus. Janji ditepati. Dalam masa kurang 48 jam saya sudah memiliki pembelian saya. Teruskan kecekapan ini.

 

 

 

faizulisma

Faizul Isma Bin Yusof
Berkerja sendiri
Batu Caves, Selangor

 

Saya membuat carian dalam google menggunakan keyword pelan rumah banglo setingkat. Keputusan untuk membeli plan itu dibuat dalam masa 2jam selepas melayari website PelanBanglo.com Bagi saya design dan cadangan yang dikeluarkan oleh PelanBanglo.com.com menepati citarasa saya dan sangat menarik.

Servis dan perkhidmatan diberikan oleh  PelanBanglo.com Superb....dan meyakinkan,  cuma ianya mungkin jadi lebih menarik jika pelan digital (PDF) tersebut dihantar segera dalam masa 1 jam selepas pembayaran. Ini kerana bagi setengah pelanggan penantian itu satu penyeksaan. Tambahan pula yang tengah exited mencari idea pelan rumah macam saya.  hee... hee.. hee... Apapun perkhidmatan PelanBanglo.com cukup memuaskan.

 

 

 

 

En Rizal b. Ramli.

MK Bohor, Langkawi.

 

Saya memilih pelan banglo yang direka oleh PelanBanglo.com adalah kerana tertarik dengan  rekaan yang moden dan mengekalkan ketradisionalan, disamping memaparkan susunan bilik-bilik dan latar belakang 3D  sebagai rujukan serta panduan . Banyak pilihan dan agak sukar untuk membuat pilihan terbaik kerana semuanya saya anggap menarik. Namun hanya satu pelan benar-benar  menepati citarasa keseluruhannya.

Servis dan perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan serta berupaya menjawab pelbagai soalan yang saya kemukakan dengan panjang lebar dan segera memberi respon terhadap email-email yang saya hantar. Secara tidak langsung saya dapat menambahkan pengetahuan tentang pelan sesebuah rumah. Memang terbaik!

 

 

faizah

Pn Anisah Marlan,
Guru Matematik dan Sains.
Tanjong Sepat, Selangor.

 

Saya menemui PelanBanglo.com setelah membuat carian dalam di internet. Setelah beberapa hari melayari internet dengan tujuan mencari pelan rumah yang sesuai dan memenuhi citarasa.  Setelah membuat perbandingan dengan beberapa pelan-pelan rumah yang saya temui, disamping beberapa perbincangan dengan rakan-rakan dan isteri. Maka saya akhirnya telah ambil keputusan untuk pilih pelan dari PelanBanglo.com atas sebab rekabentuk dan susunaturnya yang menarik.

Servis dan perkhidmatan diberikan oleh  PelanBanglo.com baik dan amat memuaskan. Teruskah usaha.

 

 

 

Abdul Murib bin Dalam Dua
Semporna, Sabah.

 

Saya memilih untuk membeli pelan rekaan PelanBanglo.com kerana saya mendapati rekaannya amat realistik, memenuhi citarasa saya yang menginginkan sebuah banglo keluarga yang mempunyai ruangan eksklusif untuk keluarga besar bersama. Disamping tidak mengabaikan keperluan tetamu yang sering berkunjung. Rekaannya juga amat bercirikan hijau kerana disertakan cadangan landskap. 

Servis dan perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan. Saya mendapati layanan dan respon terhadap pesanan saya amat pantas, dalam beberapa jam sahaja saya telah mendapat pelan banglo yang saya inginkan. Selain itu, cara komunikasi yang pelbagai seperti pembayaran melalui beberapa alternatif amat memudahkan urusniaga dijalankan.

 

 

 

sudirmandawing

Sudirman Dawing
Senior Eksekutif
Syarikat Minyak dan Gas

 

Idea dan paparan yg menarik serta mudah difahami merupakan faktor utama mengapa saya memilih PelanBanglo.com.com

 

 

En. Mohammad Miqdam Abdul Aziz
Doktor, Perak

 

Saya memilih pelan banglo ini kerana design yang dipaparkan adalah design yang baru dan menepati pilihan citarasa saya. Saya ingin membina rumah banglo setingkat yang mempunyai bumbung bahagian ruang tamu yang tinggi dan mempunyai kolam di antara ruang rehat. Pakej yang ditawarkan oleh PelanBanglo.com betul-betul menepati pilihan saya.  Servis yang diberikan sangat bagus dan cepat , saya dapat pelan yang diinginkan kurang daripada 24 jam.

 

 

 

farahizzati

Farah Izzati bte Zulkafli

 

Saya memilih PelanBanglo.com kerana saya meminati konsep tropika dengan ruang yang simple ianya sangat menarik dan sederhana serta menepati citarasa saya sekeluarga. Service dan perkhidmatan yang diberikan amat menggalakan dan senang untuk memahami konsep pelan yang dibuat.

 

 

 

En. Hanafiah Banchercil
Penolong Pengurus Kilang

 

Saya memilih PelanBanglo.com.com  kerana design yang dihasilkan moden, menarik, cantik kemas dan ada keunikan tersendiri.  Bagus kalau boleh buat khidmat nasihat untuk interior design lagi menarik.

 

 

 

aiman

Mohd Aiman bin Mohd Bustamin
Maintenance Supervisor Offshore
Kemaman Terengganu

 

Saya tahu tentang PelanBanglo.com melalui internet semasa saya dan suami sedang cuba mencari lakaran sesuai untuk design rumah kami.  Kami ambil masa 1 bulan untuk memilih lakaran yang paling sesuai setelah mempertimbangkan banyak faktor lain seperti kos dan luas tanah. 

Reka bentuk PelanBanglo.com.com bercirikan konsep moden, dan ada unsur privasi, family friendly dan guess friendly. Turut menekankan isu pencahayaan dalaman bagi setiap bahagian rumah.  Servis bagus dan cekap. Pelan dihantar dalam masa kurang 24 jam.

 

 

 

nurulizza

Nurul Izza bte Yunus
Pegawai perubatan
Kemaman Terengganu

Anda nak lihat Testimoni lain KLIK butang dibawah

PELAN BANGLO TERBARU

S0-Pelan-Rumah-Pelan-Banglo-LD-38

Pelan Banglo LD-52 (NEW)

Saiz tanah lot  : 70’L x 70’P
Banglo 1 tingkat : 5 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta : 2 petak 
Luas  plan rumah    : 2,316 kp

PELAN BANGLO POPULAR

0---Pelan-Rumah-Idaman---Pelan-Banglo-LD35Pelan Banglo LD-35 (NEW)

Saiz lot minima : 60’(L) x 90’(P)
Banglo setingkat : 5 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta : 3 petak 
Keluasan rumah banglo :2,333kp

Login Form

Shopping cart

Cart empty

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click