PREV

 

NEXT

Konsep Rekabentuk    :  Moden Kontemporari

Perancangan Ruang     :  Rekabentuk pelan rumah banglo direkabentuk menerapkan ciri-ciri susunatur ruang yang mengambilkira faktor aktiviti kenduri kendara di kampung dan perbagai aktiviti yang memerlukan ruang tamu yang luas.  Dua ruang tamu iaitu ruang tamu 1 berukuran 20’ x 20’ (6.1m x 6.1m) dan ruang tamu 2 berukuran 16 ’x 24’ (4.8m x 7.3m) yang luas boleh digabungkan untuk perbagai aktiviti. Kelebihan memiliki dua ruang tamu adalah untuk pengasingan tetamu lelaki dan perempuan atau dua tetamu keluarga berlainan ketika di hari perayaan. Jika ruang tamu 1 dan tamu 2 penuh ketika kenduri, ruang keluarga 1, teres 1 dan teres 2 boleh menampung lebihan tetamu ketika kenduri. Ruang tamu diasingkan dengan ruang makan oleh ruang keluarga 1. Ruang makan lebih luas (boleh muat 2 meja makan) dan berdekatan dengan dapur kering (berkonsep dapur terbuka) dan dapur basah yang luas memudahkan proses persediaan dan menghidangkan makanan. Pintu ‘sliding’ disediakan diruang makan dan tamu 2 untuk keluar ke ruang teres 1 dan teres 2 untuk pelbagai aktiviti keluarga atau semasa kenduri. Bilik-bilik disusunatur supaya mendapat pravasi yang maksima dan ruang tamu 2 disediakan untuk aktiviti keluarga semasa kenduri. Kolam ikan disediakan sebagai elemen air yang memberikan ketenangan dan boleh dilihat dari ruang tamu 2, keluarga 1 dan ruang makan. Pelantar kayu disediakan untuk menyambungkan teres 1 dan teres 2 melintasi kolam ikan. Tempat letak kereta yang luas (3 petak) boleh dijadikan untuk ruang tambahan perbagai aktiviti.


Keistimewaan Rekabentuk     :  Rekabentuk pelan rumah khas bagi memenuhi kehendak kehidupan di kampung atau desa yang sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti kenduri kendara. Dua ruang tamu yang luas disediakan dan ruang tamu 1 bersaiz 20’x20’ dengan ketinggian siling 18’(5.4m)  menjadikan rumah banglo lebih luas, fasad luaran menarik dan mewah.  Dua ruang tamu dan teres disediakan bagi menampung pelbagai aktiviti dijalankan. Ruang makan dan dapur kering serta basah yang luas disediakan. Perbezaan aras ruang tamu 1’(300mm) dari ruang lain memberikan susunatur ruang rumah lebih menarik. Rekabentuk fasad berkonsepkan moden kontemporari diterapkan dengan gabungan ketinggian ruang dan bumbung yang berbeza menjadikan rekabentuk Banglo LD-23 lebih unik, mewah dan sesuai untuk  iklim tropikal.

 

Perincian Pelan Rumah Banglo LD-23

Saiz lot minima (Tengah) 76’ L x 104’ P (23.1m x 31.6m)
Saiz lot minima (Tepi) 76’ L x 104’ P (23.1m x 31.6m)
Saiz rumah banglo 44’ L x 68’ P (13.4m x 20.7m)
Banglo setingkat 4 bilik + 2 bilik air
Tempat letak kereta (TLK) 3 petak
Keluasan lantai

2,881 kp (264.2 mp) + 768 kp (71.9mp -TLK + teres terbuka)

= 3,649 kp (336.1 mp)

Ruang disediakan Dua Ruang tamu berasingan dengan ruang makan, dua  ruang keluarga, dapur basah dan kering, galeri, teres terbuka, teres 1 & 2, kolam ikan atau kolam mini.
Bilik 1 bilik utama + 3 bilik
Bilik air 2 bilik air

Jumlah Mukasurat  Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan


Pakej A : 15 Mukasurat (6 Perspektif)
Pakej B : 30 Mukasurat (12 Perspektif)
Pakej C : 30 Mukasurat (12 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 8 Perspektif

 
PELAN BANGLO LD-23 Harga Beli Guna E-Commerce Beli Secara Manual
PAKEJ A (PDF-A4) RM499
Buy Now
Buy Now
PAKEJ B (PDF-A4) RM999
Buy Now
Buy Now
PAKEJ C (PDF-A3) RM1199
Buy Now
Buy Now
PAKEJ D (AutoCAD) RM1399
Buy Now
Buy Now

 

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet.  Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang tamu dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga  boleh dijadikan ruang membaca  atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu
PREV

 

NEXT


PELAN BANGLO TERBARU

S0-Pelan-Rumah-Pelan-Banglo-LD-38

Pelan Banglo LD-52 (NEW)

Saiz tanah lot  : 70’L x 70’P
Banglo 1 tingkat : 5 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta : 2 petak 
Luas  plan rumah    : 2,316 kp

PELAN BANGLO POPULAR

0---Pelan-Rumah-Idaman---Pelan-Banglo-LD35Pelan Banglo LD-35 (NEW)

Saiz lot minima : 60’(L) x 90’(P)
Banglo setingkat : 5 bilik + 3 bilik air
Tempat letak kereta : 3 petak 
Keluasan rumah banglo :2,333kp

Login Form

Shopping cart

Cart empty

E BOOK PERCUMA

Ebook Percuma Pelanbanglo

Mahu Contoh?

*Klik gambar di bawah :

CONTOH-PAKEJ-A

CONTOH-PAKEJ-BC

CONTOH-PAKEJ-D

Anda Mahu?

Testimoni

Menu-Testimony-PelanBanglo-com

X

Right Click

No right click