![]() |
|
Konsep Rekabentuk : Moden Tropika
Perancangan Ruang : Pelan rumah banglo direkabentuk dengan menerapkan konsep pembinaan secara berperingkat dengan perancangan ruang terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian hadapan terdiri daripada bilik utama, ruang tamu, makan, dapur basah dan kering, bilik air 1 & 2 serta teres 1. Bahagian belakang terdiri daripada ruang keluarga, bilik 2, 3 dan bilik 4 serta teres 2. Setiap ruang disusunatur mengikut tahap privasi. Pintu masuk setiap bilik tidak mengadap ruang makan atau tamu. Pintu pagar sliding disediakan untuk membolehkan 2 petak kereta parkir. Pintu pagar kecil disebelah kiri dilengkapi kompartmen meter air , elektrik , peti surat dan tempat sampah disusun dan direkabentuk dengan teratur. Ruang teres dengan pergola di atas menjadikan ruang rehat luaran keluarga. Setiap tingkap disediakan 2 kaki dari aras lantai utama memberikan pandangan luas keluar rumah banglo serta pencahayaan dan pengudaraan yang maksimum.
Keistimewaan Rekabentuk : Rekabentuk pelan rumah ini membolehkan setiap pemilik yang ingin membina secara berperingkat mengikut bajet. Anda boleh bina secara berperingkat iaitu fasa pertama sehingga bahagian dapur dan 2 bilik air dahulu. Pembinaan fasa kedua adalah ruang keluarga dan bilik 2 hingga bilik 4. Ruang keluarga boleh dijadikan ruang membaca atau bilik tambahan jika diperlukan. Ruang tamu dan ruang makan yang luas dengan konsep terbuka dapur kering. Kaunter minuman (sarapan) memisahkan ruang makan dengan dapur kering. Ruang teres 2 menjadikan tempat bersantai bersama keluarga dan ruang teres 1 bersama tetamu.
Perincian Pelan Rumah Banglo LD-4
Saiz lot minima (Tengah) | 50’L x 80’P (15.2m x 24.3m) |
Saiz lot minima (Tepi) | 60’L x 80’P (18.3m x 24.3m) |
Saiz rumah banglo | 30’L x 50’P (9.1m x 15.2m) |
Banglo setingkat | 4 bilik + 2 bilik air |
Tempat letak kereta (TLK) | 2 petak |
Keluasan lantai |
1, 276kp (118.7 mp) + 428 kp (28.9mp -TLK + teres terbuka) = 1,704 kp (158.5mp) |
Ruang disediakan | Ruang tamu , ruang makan, ruang keluarga, dapur basah dan kering, lobi, 2 teres dengan pergola di atas. |
Bilik | 1 bilik utama + 3 bilik |
Bilik air | 2 bilik air |
Jumlah Mukasurat Laporan Rekabentuk Skimatik & Pelan
Pakej A : 11 Mukasurat (3 Perspektif)
Pakej B : 28 Mukasurat (14 Perspektif)
Pakej C : 28 Mukasurat (14 Perspektif)
Pakej D : Pelan dalam format CAD/DWG + Percuma 4 Perspektif
PELAN BANGLO LD-4 | Harga | Beli Guna E-Commerce | Beli Secara Manual |
PAKEJ A (PDF-A4) | RM299 | ![]() |
|
PAKEJ B (PDF-A4) | RM599 | ![]() |
|
PAKEJ C (PDF-A3) | RM799 | ![]() |
|
PAKEJ D (autocad) | RM999 | ![]() |
![]() |
|